Friday, January 6, 2012

antara maksiat dan kebajikan

TAHUKAH KITA APAKAH MAKSIAT

SALAM.

bila kita sebut MAKSIAT ramai yg nampak pergaulan bebas antara lelaki perempuan seperti budaya clubbing, karaoke,gejala mat rempit &minah rempit,bohsia&bohjan,pelacuran,konsert artis lelaki dan wanita berkongsi pentas dan penonton juga bercampur lelaki dan wanita tanpa sebarang sekatan....

bila kita tnya org pasal maksiat benda2 nilah yg dia faham sbb tu dia akan jwb ""saya bukan kaki maksiat""...

sedangkan setiap dosa baik kecil dan besar itu adalah maksiat seperti tinggalkan solat,xberpuasa,xberzakat,xbaca quran dan xlaksanakan hukum quran,fitnah,mengumpat dan banyk lagi...

dgn kata lain
MAKSIAT adalah semua perbuatan yg kita lakukan bercanggah dgn agama.

jadi tanyalah diri kita, adakah kita xbuat maksiat??


APAKAH KEBAJIKAN?

Selalunya bila disebut kebajikan ramai yg fikir suatu amalan utk menolong org lain contohnya seperti sedekah kepada org miskin,bagi duit raya,buat jalanraya,buat masjid,wakaf tanah utk org ramai dll....

Kita salah faham,kebajikan bkn utk org lain sj tp yg plg pentg utk diri kita...Setiap apa yg kita lakukan yg mendatang pahala kpd kita itu adalah kebajikan... .segala aktiviti kita seharian, sekiranya buat dgn niat yg betul semua itu akan jadi kebajian.....kita tanam pokok,kita kutip sampah,kita makan,minum,buang air,melancong,berkerja,kita tidur,berjalan dan sebagainya..ini semua adalah kebajikan...

Maknanya xsusah utk kita buat kebajikan,xperlu KAYA,xperlu ada KUASA,xperlu lapang, dll....betulkan niat dlm setiap yg kita lakukan.... yg belajar,pasang niat kerana agama/ibubapa, yg berkerja,pasang niat utk bg nafkah utk keluarga,beli kereta/moto pasang niat utk mmdhkan pergi solat jemaah dan kuliah agama,Makan kerana kerana nk kuatkan tenaga nak beribadat kepada Allah,tidur kerana ingin bertahajjud dll..semuanya kebajikan utk kita..

Dgn Kebajikan(PAHALA) membawa kita ke Syurga....
Dgn Maksiat(DOSA) membawa kita ke neraka..

Wallahuaklam..

No comments:

Post a Comment