Saturday, February 20, 2010

Maulid,Melayu dan MAMAK Penang

Salam teman2,
aku tertarik dgn penulisan Dr Asri dlm ruangan minda DR MAZA dlm utusan malaysia bertarikh 21 Feb 2010,Ahad.

Secara sinopsis apa yg disampaikan ada seperti berikut :

(( BUkan perarakan Maulid yang menentukan "survival Melayu" Pulau Penang.Beliau mengatakan Beliau cukup kurang senang bilamana perkataan survival melayu diguna pakai.Katanya lagi sepatutnya digunakan perkataan umat islam bukan survival melayu.Bangsa lain xboleh menjadi melayu tetapi bangsa lain boleh menjadi islam.Isu bangsa sentiasa sempit mana kala isu islam sentiasa luas dan memberi rahmat untuk semua.Katanya lagi,Melayu pulau pinang tidak mengangkat martabat islam sebenar tetapi india muslim atau mereka panggil dgn panggilan mamak.Kaum mamak lah sebenarnya yg menguatkan islam di pulau mutiara itu.Dr Asri mengajak supaya semua orang melayu tidak berjuang kerana bangsa tetapi berjuanglah mengikut semangat islam.Melayu Pulau Pinang tidak akan bangkit hanya sekadar perarakan muulid.

Sambungnya lagi,Orang yang bertempik sakan hari ini kononnya memperjuangkan/membela orang melayu pulau pinang,tangan mereka juga tidak bersih daripada tangan-tangan kotor yang ada pada hari ini.Bkn baru atau setahun dua melayu terpinggir tetapi sudah lama.Malangnya negeri yang suatu ketika pernah menjadi negeri pendana menteri(sehingga 2009) dan ketua pembangkang(sehingga sekarang) yang kedua-duanya melayu tetapi umat islam terus dihambat oleh suasana,rencana dan pengkhianatan(orang lain) dan sesama bangsa.))

Begitu la,hasil tulisan Dr MAZA yang dapat aku ringkaskan untuk teman2..Semoga Mendapat kefahaman yang jelas tentang isu yang seringkali membuatkan kita "Confius"..

No comments:

Post a Comment