Friday, February 19, 2010

Why I'm Here?

Assalamualaikum,pertama sekali saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Pn Hadibah kerana sepanjang hampir tiga tahun saya berada di Universiti ini tidak pernah sekali pun ada orang yang bertanya dan saya juga tidak pernah sesekali menanyakan diri ini secara terperinci kenapa saya disini.Apapun peluang ini akan saya gunakan sebaik mungkin untuk mencari jawapan kepada persoalan yang dikemukan.

Alhamdulillah saya besyukur kepada Allah swt setelah hampir seminggu aku bermuhasabah diri mencari jawapan kepada persoalan yang dikemukan, akhirnya aku dapat menemui jawapan tersebut mengikut sudut pandangan aku. Kenapa aku disini?

Jawapannya adalah kerana TANGGUNGJAWAB.

1.Tanggungjawab sebagai Hamba Allah.
Telah sedia kita maklum, manusia dijadikan oleh Allah swt yang mana merupakan khalifah Allah swt dimuka bumi. Oleh yang demikian kita telah ditetapkan oleh Allah swt untuk menyempurnakan beberapa tugas-tugas dan tanggungjawab. Daripada sudut ini dapat saya nyatakan bahawa antara tujuan kita berada sini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah swt dengan mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan larangan-NYA. Sekiranya perkara-perkara ini dipatuhi insyallah kita akan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

2.Tanggungjawab Sebagai seorang pelajar.
Sebagai seorang pelajar, saya mempunyai tujuan dan peranannya yang tersendiri.Yang paling utama adalah untuk menuntut ilmu. Menuntut ilmu adalah satu perkara yang paling dituntut dalam Islam. Oleh itu segala perkara yang menjadi syarat-syarat dalam menuntut ilmu haruslah di patuhi agar proses itu akan berjalan dengan sebaik mungkin.Antaranya adalah banyak bertanya kepada guru. Perkara ini merupakan cara yang paling berkesan dalam suatu proses pembelajaran yang mana membolehkan pembelajaran berlaku dalam komukasi dua hala iaitu antara pelajar dan guru.Proses pembelajaran secara ini biasanya lebih berkesan daripada biasa. Ini membolehkan saya lebih paham apaa yang ingin dbisampaikan oleh guru.

3.Tanggungjawab sebagai akitek Landskap
Pada saya senibina landskap merupakan sebuah bidang yang sangat mulia disisi agama islam.Ini kerana,dalam sejarah pembangunan tamadun awal dunia kita dapat lihat kebanyakan idea asal untuk pembangunkan sesuatu kawasan adalah berasas suasana didalam syurga.Hal ini dapat kita lihat dengan rekaan taman-taman cantik dan setiapnya mempunyai unsur-unsur air sepertimana yang digambarkan dalam syurga. Oleh yang demikian antara tanggungjawab saya adalah untuk mengindahkan bumi kita. Hal ini adalah untuk memberikan keselesaan kepada penduduk bumi. Selain itu, perkara yang paling penting adalah untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang apakah itu landskap. Ini kerana masih ramai lagi masyarakat kita yang menganggap bidang landskap ini hanyalah bidang yang mempunyai kepakaran dalam menanam pokok. Ini amat mendukacita kerana skop bidang landskap yang sebenar sangat luas antaranya merancang sesebuah kawasan bandar,kawasan komuniti,rekreasi dan sebagainya.

I really thankful to Allah cause put me here..Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment