Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
terbitan : 23 Feb 2010,Ruangan Kesihatan
Kempen pendidikan mengenai bahaya nyamuk aedes kerap dilakukan termasuk di sekolah-sekolah.BAGI mereka yang masih menganggap penyakit bawaan nyamuk aedes iaitu denggi satu penyakit boleh dirawat, buang segera tanggapan itu.Ini kerana, sehingga hari ini belum ada vaksin yang benar-benar mampu menyembuhkan penyakit tersebut secara menyeluruh. Lebih membimbangkan ia mampu menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera.
Mengikut kajian yang dijalankan, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengambil sebarang langkah berjaga-jaga untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. Maknanya mereka tidak mengambil berat tentang bahaya penyakit ini.Senario ini berlaku kerana masyarakat berfikir demam denggi ada penawar dan beranggapan kawasan rumah mereka sudah cukup bersih dan jauh daripada nyamuk aedes.
''Untuk pengetahuan bersama, walaupun hanya terdapat tompokan air sebesar syiling 20 sen, nyamuk aedes sudah boleh membiak malah pembiakan dalam air yang kotor bukanlah tabiat nyamuk aedes"pan>
''Selain suka membiak di tempat-tempat tersembunyi dan gelap sama ada dalam mahupun luar rumah. Nyamuk aedes juga bukan sahaja menggigit pada waktu subuh dan senja tetapi sepanjang hari.''Dengan hanya satu gigitan sahaja kita boleh mendapat penyakit denggi dan ia juga boleh menyebabkan kematian,'
USM) baru-baru ini dan mendapati nyamuk aedes boleh terbang sejauh 200 meter dan juga terbang tinggi sehingga 750 meter (tingkat 21).
Bukan setakat itu sahaja, nyamuk aedes juga boleh dikategorikan sebagai seekor nyamuk yang pintar dan suka persekitaran yang bersih.
Kaji selidik tersebut tertumpu di kalangan penduduk bandar di sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Ini kerana demam denggi merupakan masalah yang lebih dihadapi oleh penduduk bandar berbanding luar bandar.
Ini dapat dibuktikan dengan jumlah bilangan kes demam denggi di luar bandar adalah kurang berbanding di bandar.
Objektif kaji selidik tersebut untuk mengenalpasti apa yang masyarakat tahu mengenai penyakit denggi dan tanggapan mereka mengenai penyakit tersebut.
Hasil daripada kaji selidik yang dilakukan telah menyaksikan bahawa masyarakat hari ini mengambil sikap sambil lewa dalam usaha memerangi nyamuk aedes.
''Sekarang adalah masanya untuk kita sama-sama memerangi pembiakan nyamuk aedes dan ini memerlukan kita semua bersatu padu untuk menangani masalah ini,'' akui Shireen.
Orang ramai juga disaran menggunakan racun serangga aerosol untuk membunuh nyamuk dewasa dalam rumah seminggu sekali.
No comments:
Post a Comment