Dua minggu lalu aku and teman2 se-khursus telah melawat negeri paling utara di semenanjung Malaysia.
Aku melawat sebuah kampung yang bernama KG BALIK BUKIT,CHUPING Perlis...Aku dirai bagai seorang wakil rakyat oleh penduduk kampung..setiap rumah yang aku lawati menyambut kedatangan aku dgn senyuman,minuman,makanan dan layanan yang tidak pernah aku rasa sebelum ini dalam lawatan aku.Ade sesetengah rumah menjemput aku menikmati jamuan dirumah mereka sehingga 2 kali sehari..Apa yang membuat aku terharu ada dua rumah yg mana menyediakan makanan pada masa yang sama iaitu tengahari/petang..setiap hidangan yang diberi amat memeranjatkan aku.dengan kuantitinya,dengan varietnya...ya ALLah..terharu sungguh sehinggakan kluar dari mulut aku.."hendak kawin dgn org perlis lah".. :)
Setelah 2 hari aku berlegar di kampung itu..masa utk tinggalkan kampung itu pun tiba walaupun di sudut hati ini agak susah nak tinggalkannya..Pemergian aku dr kampung itu dihujani dgn kata-kata indah oleh penduduk kampung dan diBERKATkan/buah tangan dgn lambaian tangan..
Setelah keesokkan hari aku mula bergerak meninggal negeri paling utara di semenanjung MALAYSIA itu.Dlm aku duduk menghayati keindahan sepanjang highway,handphone aku berdering dgn memapar no yang masih belum ada dlm simpanan aku.aku menjawab panggilan tersebut.Alangkah terkejutnya aku penduduk kampung tersebut yang aku kenali sebagai mak Anjang yang bercakap.Dengan nada gembira dia meluahkan hati mereka dgn kehadiran aku disana.Dalam masa yang sama dia menyerahkan handphone kepada seorang lagi penduduk kampung yang aku kenali sebagai mak tam.mak tam juga seperti mak anjang meluahkan rasa seronok dan gembira dgn kehadiran aku disana dan berkali-kali menjemput aku kesana lagi...huuuuffffffff..terharunya aku...
Apa yang hendak aku kongsi,adalah sifat/adat memuliakan tetamu amat perlu kita amalkan dikawasan kita.Sangkaan baik pada pandangan pemerhati luar amat perlu dalam menjaga martabat negera/negeri,bangsa dan agama..Dengan kata lain,aku boleh meng(GRED)kan kampung yang aku lawati itu dgn GRED A utk adat memuliakan tetamu yg diamalkan oleh penduduk kampung samada melayu ataupun siam.
Sekian.
No comments:
Post a Comment