Alhamdulillah.
Syurkur kepada Allah swt,
Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw.
Sedar xsedar kite dah masuk bulan maulut 1431 Hijrah.
Tahun ini byk pula isu2 semasa berkenaan Maulut nabi yg berlaku dalam negara kita.
Bermula dengan pulau pinang yg dikatakan enggan mengadakan perarakan seperti yg biasa dilakukan sebelumnya walaupun selepas itu tetapi dinafikan oleh KM negeri itu.Isu ini bergema lagi dan lebih hangat bilamana MB negeri kelantan membatalkan semua acara perarakan maulut nabi dinegeri itu dan digantikan dengan beberapa siri ceramah maulut nabi bertajuk keluarga Rasulullah,Peribadi Rasulullah(penceramah bebas Dato Hassan Din Al Hafis) dan lain2 lg.selain itu solat hajat juga turut diadakan.Isu membatalkan perarakan maulut nabi juga disambut oleh negeri Pahang,johor dan beberapa negeri2 lain.
Daripada sinopsis diatas ingin aku memberi sedikit pandangan dan penjelasan drp apa yg aku pelajari dan aku dengar,sambutan Maulut nabi bukan merupakan satu perkara wajib yg dituntut oleh agama kita.Tiada dalil/nas daripada Al Quran dan Hadis yang menyuruh kita menyambut maulut nabi.Tetapi setelah diteliti dgn halus,ulama'2 mengatakan sambutan itu merupakan suatu perkara yang HARUS.Ini bermakna sekiranya kita tidak mengadakannya setiap tahun ianya bukan menjadi suatu perbuatan yang salah disisi agama.Hal2 seperti ini lah yang menyebabkan timbulnya fahaman wahabi bilamana suatu perkara sunat/harus dibesar-besarkan menjadi seolah-olah itu perkara wajib yg dituntut agama.Sebagai contoh lain Imam Syafie mengharamkan Yasinan pada setiap khamis malam.Ini kerana Imam syafie bimbang umat islam akan menganggap Yasinan pada mlm jumaat adalah perkara wajib yang mesti dibuat dah tidak boleh ditinggalkan.Aku berharap mentaliti tentang Yasinan perlu diubah.Suruh Yasin bukan sahaja perlu dibaca pada malam jumaat tapi bila2 masa sahaja.tidak menjadi kesalahan.Kalau nak baca pada malam jumaat pun jgn lah kita anggap perkara itu merupakan perkara wajib.Jadi disitu kita dapat perbetulkan akidah kita.
Berbalik dengan Maulut nabi,apa yang perlu kita buat adalah mengikuti setiap masa apa yang Nabi kita kerjakan.Samada dr segi akhlaknya,dari segi amalannya,ibadat dan lain2 walaupun kita tidak mampu melakukan selengkap/seelok/perfect yg dilakukan oleh nabi kita."Rasulullah merupakan husratun Hasanah (contoh terbaik)".Jadi Bukan bulan maulut sahaja yang sepatutnya kita ingatnya tetapi setiap bulan,ttp setiap hari dan setiap langkah yang kite ambil.Berbanyakn la selawat keatasnya tanda kita sentiasa mengingatinya.Setiap selawat yang kita lafaskan dr hari Sabtu- Khamis akan dibawa oleh malaikat kepada nabi kita dgn berkata"sipolan bin sipulan telah berselawat kepada mu,ya Muhammad"..Sekiranya selawat dilafaskan pada hari jumaat Allah membenarkan Rasulullah mendengar "LIVE" setiap selawat yang kita lafaskan.Setiap satu selawat yg kita lafaskan akan dibalas 10..
Alhadulillah..Inilah pelaburan paling menguntungkan..
Akhir Kalam,Semoga kita semua menjadi orang2 yang beriman..
Orang Islam tidak semestinya beriman.
Dalam Al Quran,tidak sekalipun Allah Menyebut "wahai orang2 Islam" ttp "tetapi wahai org2 beriman"..Jadi jgn la kita hanya bangga dengan agama yg kita warisi drp nenek moyang tetapi banggalah kita menjadi orang beriman.Hanya kita yang tahu kita dimana.
Jadi tepuk dada,Tanya hati....
Sekian.
right2
ReplyDelete